Tuesday, June 17, 2008

SUAMI SOLEH

Assalamualaikum!!!!ya,tentu sekali semua perempuan menginginkan seorang suami yang soleh dan beriman serta mampu mendidik dan membimbing isteri kejalan yang benar dan diredhoi Allah S.W.T.Walau bagaimanapun pernahkan kaum wanita bertanyakan kepada diri mereka,adakah mereka merupakan perempuan solehah?.
Sekiranya kaum wanita memerlukan suami soleh maka terlebih dahulu anda perlu menjadi perempuan solehah,jika tidak akan berlaku bertembungan jiwa antara anda dan suami yang mungkin seterusnya berlaku pelbagai kekeliruan dan ketidakstabilan rumahtangga.Kenapa ia berlaku?Ya..sudah tentu pertembungan idea dan cara hidup menyebabkan kecelaruan.Masakan anda boleh hidup sebumbung jika anda tidak berminat atau tidak selesa sentiasa berada di rumah dan tidak boleh bersosial dengan kawan-kawan lelaki sedangkan sikap tersebut bertentangan dengan sifat wanita solehah.Itu hanya salah satu contoh sahaja.Banyak lagi perkara-perkara lain yang jauh menyimpang dari ciri wanita solehah di akhir zaman ini.Oleh itu,untuk menjadi suami soleh kepada wanita yang bukan solehah adalah suatu perkara yang amat mustahil.Suami tetap menanggung beban dosa isteri yang tidak solehah.Wassalam ,jumpa lagi.

1 comment:

UTZJU said...

Assalamualaikum,wah..!!!hebat juga blog anda.Saya suka membacanya.Terus beri maklumat.