Friday, November 14, 2008

Suami Bersifat Tenang

Ketenangan memang sangat sukar diperolehi,apatah lagi jika memiliki isteri durhaka dan tidak mendengar kata,lebih tepatlah kita istilahkan sebagai isteri durhaka.Walau bagaimanapun sisuami hendaklah tenang menempuh dugaan ini kerana dengan ketenangan itu akan melahirkan sejuta idea penyelesaian masalah.Aminnnn

Tuesday, October 7, 2008

Sabar Dengan Karenah Isteri-Isteri

Seorang suami soleh hendaklah bersabar dengan tingkahlaku dan perangai isteri-isterinya kerana sudah menjadi lumrah seorang wanita itu terlalu banyak emosinya malah terkadang ia mampu menghacurkan segala mahligai cinta yang dibina tetapi selagi isteri anda tidak berlaku curang anggaplah ia sebagai cabaran untuk anda membina dirinya.Andaikata ia telah curang terpulanglah kepada anda samada anda mahu menjadi lelaki DAYUS atau BERANI.Bagi saya sekira ianya telah curang maka ceraikanlah ia.

Thursday, July 24, 2008

Sentiasa Menasihati Isterinya.

Suami yang soleh sentiasa menyanyangi isterinya malah selalu menasihati isterinya agar tidak melakukan sebarang kesilapan dan kesalahan sehingga mendapat kemurkaan Allah S.W.T.Dia akan membimbing isterinya dengan sopan dan lembut sehingga isterinya sentiasa merasa damai dan bahagia.

Monday, June 23, 2008

Ciri-ciri Suami Soleh.

Seorang suami itu hanya menjadi soleh jika:
  1. Taat perintah Allah dan Rasul.
  2. Menjaga keselamatan Rohani dan Jasmani ahli keluarga.
  3. Berusaha memberi sebarang keselesaan kepada keluarga.
  4. Membekalkan nafkah zahir dan batin kepada isteri dengan sewajarnya.
  5. Bertoleransi dalam perkara sunat dan harus tetapi tegas dengan perkara wajib.

Tuesday, June 17, 2008

SUAMI SOLEH

Assalamualaikum!!!!ya,tentu sekali semua perempuan menginginkan seorang suami yang soleh dan beriman serta mampu mendidik dan membimbing isteri kejalan yang benar dan diredhoi Allah S.W.T.Walau bagaimanapun pernahkan kaum wanita bertanyakan kepada diri mereka,adakah mereka merupakan perempuan solehah?.
Sekiranya kaum wanita memerlukan suami soleh maka terlebih dahulu anda perlu menjadi perempuan solehah,jika tidak akan berlaku bertembungan jiwa antara anda dan suami yang mungkin seterusnya berlaku pelbagai kekeliruan dan ketidakstabilan rumahtangga.Kenapa ia berlaku?Ya..sudah tentu pertembungan idea dan cara hidup menyebabkan kecelaruan.Masakan anda boleh hidup sebumbung jika anda tidak berminat atau tidak selesa sentiasa berada di rumah dan tidak boleh bersosial dengan kawan-kawan lelaki sedangkan sikap tersebut bertentangan dengan sifat wanita solehah.Itu hanya salah satu contoh sahaja.Banyak lagi perkara-perkara lain yang jauh menyimpang dari ciri wanita solehah di akhir zaman ini.Oleh itu,untuk menjadi suami soleh kepada wanita yang bukan solehah adalah suatu perkara yang amat mustahil.Suami tetap menanggung beban dosa isteri yang tidak solehah.Wassalam ,jumpa lagi.